Wednesday 30 December 2015

Rawatan di Selangor pada 1, 2, dan 3 JANUARI 2016

Assalamualaikum wbt

Mesej ini ditujukan khas kepada warga SELANGOR dan KUALA LUMPUR

InsyaAllah, pada 1, 2, dan 3 JANUARI 2016, Ayah Chik akan berada di :

NO. 19, TAMAN JASA, SUNGAI TUA, BATU CAVES, SELANGOR
(Rumah Cikgu Shamsuddin)

Ayah Chik : 012 938 3776
Ayah Ngah : 011 2061 5587
Cg. Din : 012 290 7741

Bagi mereka yang mengidap penyakit cancer, tidak kira lah sama ada cancer darah, cancer rahim, cancer lender, cancer payudara, cancer paru-paru, cancer usus, cancer hati.. Datanglah berjumpa Ayah Chik. Dengan izin Allah, sel-sel kanser akan mati di tangan Ayah Chik dan tidak akan merebak lagi, biizniLLAH..

Bagi mereka yang mengidap penyakit jantung pula, sama ada, jantung tersumbat, lemah jantung, akan by pass, stage 4.. insyaAllah, Ayah Chik akan sembuhkan kembali sakit jantung tersebut. Pesakit akan diminta untuk menarik nafas dan merasai sendiri perubahan setelah menerima rawatan. Jika masih semput dan sakit, Ayah Chik akan berikhtiar sehingga pernafasan pesakit lancar.

Begitu juga dengan pesakit stroke, angin ahmar, gout, sakit lutut, prostat, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, kebas-kebas bahagian tangan dan kaki, athma.. Dengan keizinan daripada Allah, Ayah Chik mampu untuk menyembuhkan penyakit-penyakit berkenaan.

"Semua penyakit ada ubatnya melainkan Mati"

*** Datanglah. Dia tak ambik bayaran satu sen pun. Terpulang pada pesakit nak bagi ikhlas banyak mana. Dia tak kisah. Yang penting pesakit sembuh. 

Harap simpan info ini agar boleh bagitau mereka2 yang sakit dan amat memerlukan rawatan segera.  

Insya Allah. Jazakumullah..

Tuesday 10 November 2015

Next Tour..



Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Kepada pesakit-pesakit yang tidak berkesempatan untuk berjumpa Ayah Chik di Homestay Al-Hijrah Batu Caves baru-baru ini, insyaAllah untuk next date, beliau akan berada di :


Alamat : Rumah Puan Normah, Tanggta Batu, 76400, Melaka (Landmark SJK (C) Poh Lan)
Tarikh   : 27-29 November 2015
Masa     : 9.00 pagi - 9.00 malam


* Bagi tarikh 27 Nov 2015 (Jumaat), Ayah Chik akan bergerak dari Terengganu pada sebelah pagi dan dijangka tiba di Melaka selepas solat Jumaat. Jika beliau larat, rawatan akan dimulakan pada jam 3.30 petang. Jika tidak, rawatan akan bermula pada jam 9.00 malam. Bergantung kepada kondisi dan keadaan beliau.

* Bagi tarikh 29 Nov 2015 pula (Ahad), Ayah Chik akan bertolak pulang ke Terengganu pada jam 3.00 petang.

Bagi setiap rawatan, Ayah Chik tidak menetapkan sebarang bayaran. Malah, beliau sendiri melarang Bahagian Pendaftaran dan Pengurusan untuk menetapkan sebarang nilai dan kos yang perlu dijelaskan pesakit. Terpulanglah kepada pesakit untuk memberikan seikhlas mungkin penghargaan dan hadiah kepada beliau di atas khidmat yang telah diberikan.

picture credit to : Nurhain Milin

Monday 9 November 2015

Selesai Rawatan di Al-Hijrah Homestay sesi pertama

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Selesai sudah sesi rawatan buat pertama kali di Al-Hijrah Homestay selama 2 hari penuh. Admin bagi pihak Ayah Chik dan Crew yang terlibat semasa sesi rawatan di Al-Hijrah Homestay pada 6-8 November yang lalu ingin mengucapkan terima kasih dan memohon maaf di atas segala kekurangan dan kesulitan sepanjang waktu rawatan dijalankan.

Kami sedia maklum, ada di antara ahli keluarga pesakit yang berasa kurang selesa dan berasa tidak puas hati terhadap Crew yang bertugas sepanjang 3 hari di sana. Apa yang berlaku sememangnya kami sendiri tidak jangkakan. Keadaan sedikit berada di luar kawalan kerana kehadiran hampir mencecah 700 orang (3 kali ganda dari jangkaan) menyebabkan ramai yang tidak dapat bertemu sendiri dengan Ayah Chik disebabkan kekangan masa. 

Walaubagaimanapun, pihak kami telah sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik dan rawatan Ayah Chik telah dilanjutkan 2 jam untuk memenuhi hajat mereka yang tersangat memerlukan rawatan dari Ayah Chik.

InshaAllah, kami akan berusaha memperbaiki perkhidmatan kami di masa akan datang.

Sekian.

Menjawab fitnah seorang pengguna di Facebook


Tidak adil rasanya jika Ayah Chik dihentam sebegini. Di sini Admin ingin memberikan sedikit penerangan berkenaan dengan dakwaan Datin Seri AyuReduone

Pertamanya, semua sudah sedia maklum bahawa kaedah perubatan Ayah Chik adalah dengan membaca Ayat Suci Al-Quran. Kemudian beliau akan menggosok dan menepuk bahagian yang sakit berkenaan. Andai pesakit tersebut menghidapi Kanser Rahim atau Kanser Ovari apakah pilihan yang beliau ada? Kaedah yang perlu digunakan pun adalah sapu, gosok dan tepuk (beralas di bahagian sensitif bukan muhrim). Janganlah ia dianggap sebagai 'raba' dan 'usap'.

Kedua, jika pesakit wanita tersebut menghidap penyakit jantung, dimanakah tempat yang sesuai untuk ditepuk? Adakah di dahi? Sudah tentulah rawatan yang diberikan di bahagian dada. Dan bagi wanita yang menghidapi Kanser Payudara, Ayah Chik akan meminta pembantu wanita beliau, suami pesakit atau waris pesakit untuk menggosok di bahagian sensitif berkenaan.

Dan kadang-kadang, bagi kanser rahim, kanser ovari, batu karang, fibriod, gastrik, busung, peranakan jatuh beliau terpaksa menusuk bahagian berkenaan menggunakan hujung jari dengan kuat. Berdasarkan pengalaman Admin, jika diminta ahli waris untuk berbuat sedemikan (menekan bahagian yang sakit dengan kuat), mereka tidak akan sampai hati dan tergamak untuk melakukannya disebabkan pesakit akan menjerit dan meraung kesakitan. Nak tak nak, Ayah Chik sendiri yang terpaksa menekan untuk menghancurkan sel-sel kanser itu (dengan Izin Allah SWT). Tapi akibatnya inilah, akan ada salah anggap dan fitnah yang timbul.

Terpulanglah kepada anda semua untuk menilai sendiri cara rawatan beliau. Banyak lagi alternatif perubatan lain yang boleh diikhtiarkan. Sama ada ke hospital atau ke pusat rawatana alternatif lain. Tiada paksaan untuk berjumpa beliau.

Akhir kata, sembuh, sihat dan pulih itu semuanya dari ALLAH SWT bukan dari Ayah Chik. He's Nothing...