Monday 9 November 2015

Selesai Rawatan di Al-Hijrah Homestay sesi pertama

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Selesai sudah sesi rawatan buat pertama kali di Al-Hijrah Homestay selama 2 hari penuh. Admin bagi pihak Ayah Chik dan Crew yang terlibat semasa sesi rawatan di Al-Hijrah Homestay pada 6-8 November yang lalu ingin mengucapkan terima kasih dan memohon maaf di atas segala kekurangan dan kesulitan sepanjang waktu rawatan dijalankan.

Kami sedia maklum, ada di antara ahli keluarga pesakit yang berasa kurang selesa dan berasa tidak puas hati terhadap Crew yang bertugas sepanjang 3 hari di sana. Apa yang berlaku sememangnya kami sendiri tidak jangkakan. Keadaan sedikit berada di luar kawalan kerana kehadiran hampir mencecah 700 orang (3 kali ganda dari jangkaan) menyebabkan ramai yang tidak dapat bertemu sendiri dengan Ayah Chik disebabkan kekangan masa. 

Walaubagaimanapun, pihak kami telah sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik dan rawatan Ayah Chik telah dilanjutkan 2 jam untuk memenuhi hajat mereka yang tersangat memerlukan rawatan dari Ayah Chik.

InshaAllah, kami akan berusaha memperbaiki perkhidmatan kami di masa akan datang.

Sekian.

No comments:

Post a Comment