Monday 9 November 2015

Menjawab fitnah seorang pengguna di Facebook


Tidak adil rasanya jika Ayah Chik dihentam sebegini. Di sini Admin ingin memberikan sedikit penerangan berkenaan dengan dakwaan Datin Seri AyuReduone

Pertamanya, semua sudah sedia maklum bahawa kaedah perubatan Ayah Chik adalah dengan membaca Ayat Suci Al-Quran. Kemudian beliau akan menggosok dan menepuk bahagian yang sakit berkenaan. Andai pesakit tersebut menghidapi Kanser Rahim atau Kanser Ovari apakah pilihan yang beliau ada? Kaedah yang perlu digunakan pun adalah sapu, gosok dan tepuk (beralas di bahagian sensitif bukan muhrim). Janganlah ia dianggap sebagai 'raba' dan 'usap'.

Kedua, jika pesakit wanita tersebut menghidap penyakit jantung, dimanakah tempat yang sesuai untuk ditepuk? Adakah di dahi? Sudah tentulah rawatan yang diberikan di bahagian dada. Dan bagi wanita yang menghidapi Kanser Payudara, Ayah Chik akan meminta pembantu wanita beliau, suami pesakit atau waris pesakit untuk menggosok di bahagian sensitif berkenaan.

Dan kadang-kadang, bagi kanser rahim, kanser ovari, batu karang, fibriod, gastrik, busung, peranakan jatuh beliau terpaksa menusuk bahagian berkenaan menggunakan hujung jari dengan kuat. Berdasarkan pengalaman Admin, jika diminta ahli waris untuk berbuat sedemikan (menekan bahagian yang sakit dengan kuat), mereka tidak akan sampai hati dan tergamak untuk melakukannya disebabkan pesakit akan menjerit dan meraung kesakitan. Nak tak nak, Ayah Chik sendiri yang terpaksa menekan untuk menghancurkan sel-sel kanser itu (dengan Izin Allah SWT). Tapi akibatnya inilah, akan ada salah anggap dan fitnah yang timbul.

Terpulanglah kepada anda semua untuk menilai sendiri cara rawatan beliau. Banyak lagi alternatif perubatan lain yang boleh diikhtiarkan. Sama ada ke hospital atau ke pusat rawatana alternatif lain. Tiada paksaan untuk berjumpa beliau.

Akhir kata, sembuh, sihat dan pulih itu semuanya dari ALLAH SWT bukan dari Ayah Chik. He's Nothing...

No comments:

Post a Comment